Assalamualaikum...
Pagi ni Sue sampai awal sikit berbanding semalam.. Seawal 6 am bas dah gerak dari TM. Huh! Nasib baik sempat sampai TM even lagi 5 minit bas nak gerak. Kalau sampai dekat jam 6 am pun tapi tiket tak ada tak guna juga kan.. Hopefully hari ni je Sue naik bas dari TM ke KL.. Tak sanggup rasanya bangun awal sangat and balik kerja pula lewat sangat..
Cerita pasal balik kerja semalam, kan Sue ada cakap semalam yang Sue kira ini adalah kali kedua dalam seumur hidup Sue naik bas ekspress TM ke KL seorang diri. Dulu masa zaman sekolah-sekolah pernah la naik bas dari TM ke Ipoh je.. Tapi dengan Mama and adik-adik la kan.. Ni kira mencabar jugak la Sue seorang diri je kan..
Semalam pula, dah janji dengan officemate Sue nak balik sama since dia pun nak balik Tg Malim (TM). Hari-hari dia ulang-alik but semalam Sue tak jadi balik sama.. Sue dah nak balik dah time tu but tiba-tiba ada kerja yang datang.. So, terpaksa la akak tu balik dulu.. Lagipun akak tu dah beli tiket but Sue tak beli pun. Sue takut rugi pula nanti kalau beli tiket awal-awal but Sue terlepas bas ke kan..
Sue naik LRT and turun kat pasar seni. Before tu Sue dah tanya dengan budak-budak office macam mana nak pergi ke Puduraya.. So, diaorang pun tunjuk la jalan. But Sue saja nak try turun kat Pasar Seni. Then Sue pun jalan je ikut gerak hati.. Padahal tak tahu ni arah tu betul ke tak nak ke Puduraya. Alhamdulillah..Sue berjaya sampai and ternyata gerak hati Sue betul... ^.^
First time tu sampai kat Puduraya yang baru di upgrade ni.. Wahahahaha.. kesian kan..ketinggalan betul.. -_-" orang tak biasa naik bas macam ni la..
* sambil tunggu bas.. *
Sue sampai kat situ tepat-tepat jam 6.00 pm. Huh! Dah confirm tak dapat naik bas jam 6.00 pm. Sampai je main ikut je mana orang depan pergi.. At last tanya orang-orang kat situ kat mana nak beli tiket ke Tg Malim.. -_-" kesian Sue.. tak tahu menahu kat mana nak beli tiket... Dah beli tiket pulak, bas pulak jam 7.00 pm. Huh! sejam jugak la dok tercongok kat pudu ni! Menyesal pi beli tiket tadi sebab rupanya ada satu lagi syarikat bas yang ke TM tapi just beli time nak naik bas! Ceh! Penat je pergi turun naik tangga.. Hari ni nak jalan laju-laju nak kejar bas..+_+
* asyik dok tengok skrin ni sampai lenguh la tengkuk *
Pastu dok asyik pandang skrin yang paparkan waktu perjalanan, destinasi dan platform no. berapa.. Then baru perasan, PLATFORM 3??? Tapi orang kat kaunter tiket tu kata PLATFORM 2.. mana satu ni..?? cuak seyh.. betul ke tak ni..??
Nasib baik ada ternampak student UPSI.. [based on beg yang dia bawa] So, tanya la kat dia platform berapa.. Dia cakap platform 3.. biasanya memang platform 3.. Huh! marah pulak [tetiba] kat orang jaga kaunter tu..
Then we all sembang-sembang but sampai sekarang tak tahu pun nama dia.. Hahaha.. -_-" sengal! tak tanya pula nama dia ke, FB dia ke, no. phone dia ke.. At least boleh juga tambah kenalan.. Siap dia tanya tak pernah naik bas ke sebelum ni.. Sue cakap la tak.. tak pernah naik time Puduraya ni siap di renovate.. -_-"
Then we all terpaksa berjalan keluar sebab bas tak boleh masuk.. Why?? Sebab bas tu 2 tingkat.. Hehe.. ^.^ First time naik bas 2 tingkat.. Sue duduk sit atas tau.. Haha.. kesian lagi Sue ni.. -_-" Baru nak merasa naik bas 2 tingkat sedangkan orang lain mesti dah berpuluh-puluh kali naik bas macam tu.. Sue duduk sebelah member baru kenal tu and kebetulan tiket we all memang sebelah-sebelah... Sue 5 dia 6.. Thanks a lot ye dik sebab menemani perjalanan yang boring pada asalnya..but at the end ianya jadi kenangan seumur hidup.. After hari ni tak tahu bila pula akan naik bas lagi.. ^.^
* bas ni la but yang Sue naik tu color MERAH..dah malam, HP tak canggih nak ambil gambar antik-cantik -crediit Pakcik Google *
Malam semalam Abah, Mama and Hadirah datang ambil Sue kat TM. Hadirah pulak mengada-ngada tak nak kat Mummy dia ni.. Pastu mulutnya bising..jerit-jerit.. Macam marah kat Mummy dia pun ada..Agaknya sebab En Along tak ada sekali dengan Sue la tu.. Biasanya Papa and Mummy dia mesti balik sekali kan.. Lagipun Hadirah ni selalu nak dengan En Along je.. Kalau ada Papa dia bertambah-tambah manjanya tu..
Malam tadi jugak Hadirah buat hal.. Dia tak nak tidur.. Sudahnya Mama Sue yang melayan kerenah cucunya yang satu tu.. -_-" Mummy Hadirah ni dah mengantuk sangat nak main-main dengan Hadirah.. Rasa nak pengsan dah.. Huh! Baru anak seorang..belum 2-3 lagi... [erk~~~berangan~~~]
Kenapa la anak Mummy yang seorang ni
susah nak tidur..?? Bila tutup lampu biasanya senang je nak tidurkan
tapi semalam boleh pulak dia mengamuk siap dengan pakej jerit-jerit
lagi.. Bila buka lampu semula dia gelak-gelak.. Macam tak percaya je
Hadirah ke tu.. -_-" Entah pukul berapa la dia tidur semalam.. Mummy
bangun pergi kerja pun dia tak sedar..T_T
* oh! senyuman & gaya yang macam dah besar ini yang selalu buat Sue rindu sangat-sangat kat dia *

















jauh jugak berulang dari TM ke KL hari2...
ReplyDeleteComel Hadirah..