maaf..
sebuah kata-kata yg mudah dilafazkan..
mudah diungkapkan..
namun..
sejauh manakah keikhlasan dalam mengungkapkan kata maaf itu?
apakah maaf itu bisa menutup kedukaan hati?
apakah kamu memahami erti maaf itu sendiri?

sedarkah kamu bahawa,
jika maaf itu bisa mengundurkan kembali segala-galanya,
mampukah kamu menerimanya?
mampukah kamu memadamkan segala dendam kesumatmu?
mampukah kamu melupakan setiap apa yg telah berlaku kepadamu dahulu?

sesungguhnya,
setiap perbuatan pasti ada balasannya..
kamu yg bergelar insan biasa makhluk ciptaanNya
hanya mampu menerima kemaafan itu..
hanya Dia Yg Maha Kuasa sahaja yg tahu..
hanya Dia yg mampu membalasnya nanti..
mohonlah ampun & maaf pd Dia..


kenapa perlu ada undang-undang & hukuman andai maaf itu bisa menghukum seseorang dari kesalahannya?


p/s: ape motif??? --> kes merajuk dgn En Along la ni oke! hahahaa.. tak kira!! mau merajuk jugak!! Maaf En Along tu sudah lama diterima tp mau merajuk jugak!! hahahaa...

0 comments: